when your heart is breaking and your pain makes you fall..remember..just remember...ALLAH sees it all

Wednesday, 30 August 2017

Final Professional Exam

 
Alhamdulilllah,

Pejam celik pejam celik nak dekat sebulan gak farah duduk rumah. haha sekarang ni menganggur, nak kerja kat klinik tapi nanti jelah sebab penat bertarung dalam exam pun tak hilang lagi.

yelah, of course penat, bayangkan jelah, study week seminggu then terus exam dua minggu pagi petang everyday without gap. Pagi petang okay.  Habis exam mostly dalam pukul 5 camtu, sampai rumah dalam 5 lebih or enam lebih, mandi-mandi makan semua sebelum maghrib dah sambung study untuk exam next day nya. tidur? naahh...mana ada istilah tidur dalam jurusan dentistry ni. haha. ok tipu... farah tidur dalam pukul 12 am - 1 am then bangun sambung study dalam pukul 4.30am terus sampai ke dewan exam. yup. stress tu tak tahu nak cakap macam mana. Tapi well, nak wat camna, rasanya zaman kerja nanti lagi stress (Kot).

ok actually sebelum result keluar tu farah risau sangat dah paper gdp (general dental practice) sebab nya paper tu masha Allah, 4 subjek dalam satu paper dan membawa markah 400 (ceh tiru ayat doc masa terangkan arahan exam..hehe). Memang banyak sangat nak cover, 4 subjek kot dan setiap subjek tu kena cover dari 3rd year sampai 5th year. tu pun kalau still ingat knowledge dari 1st year n 2nd year punya lah. Subjek dalam gdp tu include oral surgery, periodontic, oral medicine and oral pathology, dan operative. Dan memang farah tak buat yang terbaik paper gdp sebab macam blank. macam ape benda soalan ni nak. Soalan OMOP memang susah sebab dia gedebuk satu camtu dia tanya takda anak anak atau cucu cucu soalan. Dia suruh bercerita pasal lekoplakia (yang ni boleh lah gak), ulcer dan yang takleh tahan soalan pasal fibroma kot entah dah lupa tapi masa malam sebelum exam ni farah tengok lecture note pasal fibroma tu terus letak tepi sambil fikir 'eyh,, tak keluar punya..' . ceh derhaka dengan ilmu tu la dapatnya blank dalam exam (insaf).
So memang farah rasa takleh score dalam paper ni unless markah requirement farah dapat membantu, markah gi klinik, gi ot, gi ed, gi klinik omop, g klinik gdp. harap membantu lah. then bila tiba osce gdp lak awal-awal tu leh lah jawab soalan omop sebab doctor dan kawan2 gigih bincang pasal histology okc,ameloblastoma n so on so dapatlah appreciate perbezaan histology penyakit tu semua sebab sebelum ni tengok cell through microscope pun macam sama je semua.. hehe. ok so memang confident habis la leh score osce gdp, tetiba bila sampai station oral surgery, boleh pulak tak ingat apa anatomy TMJ (tempromandibular joint ye bukan tengku mahkota johor ^_^). Padahal TMJ tu makanan dental je kot... sepatutnya piece of cake, piece of cheesy wedges (tetiba lapar) . tapi bila Allah kata no, ko takkan ingat maka tak ingatlah kita as hambaNya. Actually ingat je cuma satu part tu farah lupa. jawapan sebenar kawan cakap part tu ialah mandibular notch (kawan cakap lah), farah gi jawab dalam exam as 'notch' je.. erm... kira ok lah gak kan.. haha. then bila sampai station kena buat suture tu masha Allah ketarnya tangan tak tahu la macam mana, macam parkinson dah tangan sebab kena buat depan doc, tapi doc sangatlah membantu, thank u doc.. bila sampai station periodontal tu sinar harapan pass gdp macam makin kabur tapi still bertahan then bila sampai station oper tu macam dah gelap je harapan tu sebab soal material yang tak pernah farah nampak tapi jawab ikut logik lah, dan gambar gigi hampir hancur semua then tanya management. tak tahu nak jawab apa dari segi oper, macam nak je jawab cabut semua then pakai denture kan senang tapi waaiittt, fikir punya fikir maka jawablah composite build up ke apa ke yang munsabah sikit.

tu paper gdp, tapi paper gdp hari kedua. hari pertama exam paper KAP (kesihatan awam pergigian). yang ni boleh lah. paper ni kire ok berbanding paper lain. macam biasa lah planning cycle tu memang soalan fav, tak hafal tapi ingat balik apa yang kami pernah buat masa 4th year dulu, organisasi buat masa plan program KAP masa kat melaka tu. membantu gak. Tapi paper 2 dia masha Allah susahnya tu tak tahu tahap apa.

then hari ketiga paediatric. Paediatric ni farah yakin sebab memang sebelum ni dah cover semua topik just nak revise balik je , takda topik baru plus tak banyak sangat pun topic nya, ada dalam berpuluh lah gak topik. Then petang lepas habis perah otak jawab GDP tu farah tidur jap sebelum maghrib sebab memang badan dan otak dah letih sangat. Lepas maghrib sambung study sampai pukul 12 am then tidur dengan niat nak bangun pukul 4 am macam biasa nak habiskan revision sebab malam tu cover sikit sangat. Tetiba terbangun 630 am. ya Allah, farah punya terkejut tak tahu nak kata apa, memang rasa nak nangis, gabra dah tak tahu nak cakap camna, terus call parent minta tolong doa extra sikit sebab memang tak yakin sebab tak cover weyyhhh nak jawab apaaaaa.  tapi tu lah, hidup kena teruskan, jawab jelah termampu, tak ingat soalan tapi yang ingat petang tu osce paed memang hancur habis . rasa yakin separuh je jawapan tu. redha.

farah rasa maybe otak dan badan dah sampai limit sebab tu collapse hari ketiga tak bangun tu.

berbekalkan sisa-sisa semangat, teruskan hari ke-empat. Paper prosthodontic dan orthodontic. yup pagi petang subjek yang berlainan. malam sebelum paper ni memang mental breakdown. emosi breakdown dan segala apa lah breakdown. sebab farah dah terlalu stress... stress teramat sangat.  menangis je memanjang sambil baca nota, habis basah nota berendam air mata. Lagi satu, fara susah nak faham orthodontic. maybe berkaitan dengan imagination. ortho ni kena banyak imagine arah mana gigi akan gerak dan macam banyak main dengan fizik gak lah, plus farah dihantui rasa takut sebab sebelum ni dah fail 3 kali percubaan nak pass competency test e&d orthodontic so level confident tu memang out lah. ditambah lagi prostho nak cover banyak tak berapa yakin. so that pagi tu, farah jawab prostho berbekalkan ilmu yang farah ada sebab nota yang farah tak baca tu lah yang keluar, tapi yelah ilmu ni bukan takat baca nota, eveyday clinic tu pun ilmu so jawab jelah ikut experience dan logik.. bak kata doc norziha, logik. kena fikir logik. so jawab jelah termampu.

then paper orthodontic petangnya tu alhamdulillah, farah boleh jawab dua dari 4 soalan.. ahahaha. soalan pasal mangement impacted canine ( alhamdulillah sebab memang farah study tekun pasal topik ni ), risk in orthodontic treatment (alhamdulillah sempat cover plus ni topik farah di beri oleh doc as tugasan presentation dalam kelas tutorial ortho), anchorage (hhahaha yang ni memang tak expect keluar, memang tak ingat soalan 3rd year punya so farah cuba ingat balik apa doc pernah cakap dalam class masa 3rd year, alhamdulillah Allah pinjamkan ilmu dia masa ni leh lah jawab sikit sikit) then soalan pasal growth. ok yang ni memang out sebab tak baca langsung tapi farah bukan jenis mengalah tinggalkan kertas kosong, farah tetap cuba menjawab even tak tahu lah betul ke tak just jawab ikut logik dan tawakal.

hari kelima, endodontik. Endo ni soalan dia macam broad. lenguh tangan menulis sebab banyak jawapan nak tulis. plus doc macam suruh tekankan pasal microb even macam takda kena mengena pulak tapi still leh jawab, cuma satu soalan je takleh jawab pasal radiograph. advance in radiograph.
paper kedua endo pulak agak memuaskanlah. tak susah tapi tak senang. haa camna tu.

oh ye lupa nak cakap,semua soalan dalam essay ya. ada paper 400 markah, ada 200 markah ada 100 markah. takdanya a b c d punya soalan. semua essay. SEMUA ESSAY okay. Yang memerlukan knowldege, bak kata doc safar, u know , then u know, u dont know, u dont know. haa kire kalau baca kau dapat lah jawab, tak baca bye2 la jawabnya. kalau soalan bulatkan a b c d taram pun boleh ni essay nak taram apa pun tak tahu.

minggu kedua pulak presentation prostho dan osce orthodontic. present prostho ni memang cuak lah sebab tak tahu kita present dengan doc mana, kalau present dengan doc yang memang supervisor kita selama ni senang lah gak sebab dah faham doc tu cara macam mana ape semua . ni kita present case kita, kena present dua case, satu cobalt chorme denture dan another case ialah case crown. then ditakdirkan pulak fara orang last, memang haru la bila dengar kawan2 yang da present kata soalan susah, tanya pasal material apa semua, farah dah cuak tapi redha jelah. bila masuk bilik tu ada dua doc, dan kita present sorang depan doc doc. Alhamdulillah doc doc semua sporting habis. relax dan tenang je. yang tak tenangnya farah.hahaha sebab jenis yang menggelabah. tapi hampir semua soalan farah boleh jawab . alhamdulillah. siap gelak gelak lagi dengan doc.

then last exam ialah osce orthodontic. dalam masa 15 minit, akan ada 10 soalan kena jawab depan doc. ada laptop satu then berdepan dengan doc. then akan ada gambar kat laptop tu then doc akan tanya soalan based on gambar, dalam masa 2 minit or seminit setengah kena jawab, lambat jawab ..gambar dalam laptop tu akan bertukar ke another gambar so kena jawab another soalan. faham kan. so memang takda masa nak fikir sangat. laju soalan doc pang pang pang macamtu, ada leh jawab ada takleh jawab, tapi mostly macam boleh. hehe. tapi ada satu gambar wire pebenda tak pernah nampak tu agak kecewa gak sebab takleh jawab dan soalan pasal disadvantage/ limitation of IOTN. tak pernah terfikir lak nak tahu pasal tu kan sebelum ni.

so lepas habis exam, farah kemas semua buku then bawak balik rumah sambil tunggu result viva. tapi satu pun tak dapat viva. so da cuak. lulus ke tak ni...bersambung next entry.....