when your heart is breaking and your pain makes you fall..remember..just remember...ALLAH sees it all

Monday, 1 September 2014

bukan kita sahaja makhluk ALLAH



salam dan hi.! (entry ini tidak bergambar)

entry kali ini bukanlah farah nak cerita apa itu six senses secara mendalam. Farah cuma nak berceloteh berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman dari kawan-kawan farah.

before that.
apa itu six senses?

biasanya kita ada 5 deria je kan. Lihat, dengar, rasa, hidu, dan sentuh. Deria keenam ni jarang orang ada. Dan mereka yang ada ini dikategorikan sebagai mereka yang istimewa. Tapi, ada juga yang mengatakan ianya suatu sumpahan. Kenapa? Sebab keistimewaan ini mengganggu aktiviti seharian. Farah terfikir nak tulis entry ni sebab ada drama korea yang farah tengah minat tajuk The Master's Sun. Ape tu? Tengoklah sendiri. hehe.

Salah satu deria keenam yang sangat fofular ialah mereka yang boleh melihat sesuatu yang orang biasa tak boleh lihat. Orang panggil, hijab terbuka.Hijab ialah suatu penghalang daripada kita melihat sesuatu di luar kemampuan kita. Selama farah hidup 21 tahun ni, dah lebih kurang enam orang yang farah kenal hijab mereka terbuka. Berkawan dengan mereka ni bukan suatu yang mudah. ye lah. cer bayangkan, korang dok sedap sedap lepak or study tetiba nampak muka kawan korang yang ada keistimewaan tu berubah habis. Automatik korang set kat otak yang diorang tengah nampak 'benda' tu.

Cerita ni bermula masa farah sekolah menengah harian. Farah ada kawan rapat. Dari apa yang orang cakap, dia tu boleh lihat jin atau roh orang dah meninggal. Mulanya farah diamkan jelah sebab takkan nak menyibuk tanya 'eh kau boleh nampak hantu eh?'. Tu macam minta penampar je kan. Lagipun farah taknaklah sibuk-sibuk ingatkan dia tentang keistimewaan dia tu sebab macam farah cakap it could be anugerah or sumpahan. Tapi suatu hari tu dia sendiri yang bukak mulut. Dia cakap suatu malam tu dia tengah basuh baju kat tingkat bawah hostel (dia tinggal kat asrama even sekolah tu sekolah harian). Masa tu dah malam sangat dah. Mulanya dia basuh baju dengan seorang lagi kawan tapi tup tup kawan tu pergi naik bilik dulu tak tunggu dia. Masa dia bengang tu dia cepat-cepat habiskan basuh baju. Dengan perasaan marah dia naik tangga hostel tu. Tiba-tiba dia terdengar suara perempuan menangis. Terkedu dia sekejap. Bila dia pusing ke bahagian penjuru tangga, dia nampak ade seorang budak perempuan tengah tutup muka sambil menangis kat penjuru tu.OK. ape lagi,berlari lah dia naik bilik. Habis semua rasa marah tu hilang, Even dia ada anugerah tu since kecik tapi dia still tak biasa lagi. Ada lagi, suatu malam kat asrama tu, ada seorang kawan farah ni (tak ingat siapa) terhidu bau colok yang kuat sangat. Mulanya taklah amik peduli sebab ada rumah cina dekat dengan asrama tu.Tapi tiba-tiba disebalik tingkap tu dia nampak ada seorang perempuan cina tengah mundar mandir kat corridor hostel sambil pakai baju pengantin cina warna merah. huhu. apa nak buat? Lu tidur sahajalah diam-diam..haha

next cerita mula masa farah dan beberapa kawan farah dari sekolah lama dapat masuk sekolah asrama penuh. Ni time form 4. Masa form 4, farah ni punya lah mengada sangat duk sibuk nangis nak balik rumah. So suatu malam tu farah ajak kawan farah teman farah pergi public fon yang terletak kat bangunan pejabat sekolah. Agak jauh dari dorm farah sebab kat dorm dah ramai beratur nak guna public fon. So nak dipendekkan cerita lepas da kol tu farah dan kawan farah jejalan lah sekitar kelas-kelas. Time tu dah pukul 11 malam. Lampu koridor kelas semua dah padam. Yang ada lampu dari arah kantin sekolah je. Farah rasa tak sedap hati dah dan nak balik. Tetiba kawan farah stop kat koridor kelas form 5. Dia nampak kumbang terbalik. LOL. so dia ajak farah lepak jap kat koridor tu sambil buli kumbang tu. Tetiba farah rasa sejuk semacam. Bila farah pandang belakang, farah nampak kipas stand yang ade dalam kelas form 5 tu tengah bergerak. (kepala kipas kekiri dan kanan). OK. sangat tak logik cakap ada orang pasang kipas tu sebab kelas totally gelap dan pukul 11 memang dah takde orang kat kelas semua kena masuk dorm. Farah perlahan-lahan bangun. Tak bagitahu kawan farah lagi, farah just cakap nak balik dorm. Sampai pintu pagar dorm farah nampak senior form 5 dah resah tunggu depan pintu. Dia tanya farah dari mana. Farah cakap dari bangunan belajar. Kemain dia terkejut. Dia marah-marah cakap jangan pergi sana waktu camni sebab bahaya. hoho maaf lah kami budak form 4 baru tak tahu sangat bahaya-bahaya ni.

Next kejadian, farah dan kawan farah sekali lagi pergi bangunan pejabat untuk guna public fon. (kes tak serik-serik). Masa tu lepas da kol farah laju je jalan nak balik dorm sebab farah baru lepas gaduh dengan orang yang farah kol. Kawan farah follow dari belakang.Memang laju gila farah jalan sebab tengah marah. Kawan farah panggil farah dari belakang sambil cakap 'farah,tunggulah kita'. Tuje. Lepastu farah dengar lagi suara dia panggil nama farah hampir 3 kali. Tapi farah buat tak tahu . Esoknya farah minta maaf kat kawan farah sebab tak jawab dia even dia panggil banyak kali. Tetiba dia terkejut. Dia cakap dia cuma panggil sekali je yang 'farah tunggulah kita'. Selebihnya dia diam sebab tahu farah tengah bengang masa malam tu. Jadi suara yang panggil nama farah hampir 3 kali tu masih menjadi tanda tanya hingga hari ni.

Selepas kawan farah tu keluar asrama, farah rapat dengan lagi sorang kawan farah ni. Masa tu form 5. Lepas habis solat jemaah isya kat surau kami tekad nak pergi kelas sebab nak amik buku bawak dorm. Masa tu ramai yang takde kat asrama sebab cuti 3 hari. Farah dan kawan farah tak balik sebab musin exam dah dekat. Hanya segelintir pelajar asrama je tinggal. So sampai kelas je terus kemas-kemas buku nak ambil. Sementara tu kawan farah nak lepak jap dalam kelas. Punyalah kecoh kami berborak tetiba dia senyap je. Farah cakap dan tanya pun dia tak jawab. Tetiba macam ada sesuatu menarik perhatian farah. Mata farah tertumpu kat padang bersebelahan kelas farah. Tapi farah tak nampak apepun. Gelap. Cuma entah kenapa farah rasa macam ada sesuatu kat situ. Last-last kawan farah ajak balik dorm. Dia cakap tak selesa. Sesampainya ke kawasan asrama, kawan farah cakap dia nampak pocong kat kawasan kelas tadi. OK kawan farah ni ada kelebihan nampak sesuatu yang orang lain tak nampak. Farah cuba memain farah tanya camne dia lompat, macam rabbit tak. ahaha ok farah ko patut serius. Muka kawan farah still dalam ketakutan , dia cakap tak. dia cakap pocong kalau lompat jauh sangat. Mula kawan farah nampak pocong tu ada kat laluan kaki lima sebelah kelas. Then tetiba pocong tu hilang, then muncul kat padang sebelah kelas farah. OK sekarang farah dah faham kenapa farah tertarik sangat kat padang tu.

Macam-macam lagi yang berlaku kat asrama tu. Kalau nak cerita memang panjang entry ni. Tapi masa tu farah berani lagi sebab tak kena kat farah. Tapi suatu haritu farah kena sendiri (padan muka). Pagi tu jam 5.45 pagi semua pelajar dah siap-siap nak pergi surau solat subuh. Tapi farah takleh solat. So lepas farah siapkan semua duty dorm pagi tu farah pun siap-siap nak pergi kelas masa tu YUP, pukul 5.45 pagi farah dah tekad nak pergi kelas. Sebab nak ulangkaji untuk SPM. Sampai je ke deretan kelas, farah perasan yang takde satu pun lampu bukak. Gelap sangat. Biasa pakcik guard akan bukak lampu koridor kelas. Tapi pagi tu takpun. So farah pun jalan perlahan-lahan nk tuju kelas farah. Untuk sampai ke kelas farah, farah kena melepasi tiga lagi buah kelas. Mula-mula, melepasi kelas pertama...tiada apa yang berlaku. Bila sampai je farah kat tengah-tengah kelas kedua, tiba-tiba ada satu suara sergah farah betul-betul kat telinga kanan farah. rasa dekat sangat. suara tu garau dan bunyi "huh.!!" masa tu automatik kaki farah terhenti. ye, farah kalau tengah panik atau takut farah tak boleh bergerak!.. Masa tu farah tak tahu nak buat apa. Kalau nak teruskan perjalanan pergi kelas farah macam jauh. Kalau nak patah balik ke surau lagilah jauh!. Farah kaku. Lama. dan sepanjang farah kaku tu farah dapat rasa kehadiran benda yang bebisik kat telinga kanan farah tu masih ada kat sebelah kanan farah. Lepas istighfar kaki farah berjaya digerakkan. Laju farah jalan pergi kelas farah. Bukak lampu. Duduk. dan doa banyak2. tu saat paling farah takut sebab pelajar lain masih lagi solat subuh. Ya Allah terasa lama sangat masa subuh tu. Hampir setengah jam barulah ada budak lelaki datang kelas. Hati farah lega tak terkata.

Banyak lagi peristiwa yang tak boleh diungkai dengan akal yang logik. Peristiwa beg kawan farah kena tarik masa balik kelas prep malam. Then peristiwa farah selalu rasa ada jari sentuh belakang badan farah masa farah tengah study prep malam kat kelas. Peristiwa farah kaku dan tak boleh bergerak masa tidur. Peristiwa adik dorm farah nampak lembaga hitam kat sebelah katil dia masa asrama black out. Peristiwa seorang budak lelaki nampak ada makhluk besar,tinggi,hitam dan berbulu ikut beberapa budak perempuan kat sekolah tu, peristiwa seorang budak form 1 cakap sorang-sorang ( katanya dia dapat saka dari keluarga dia), peristiwa ustaz nampak budak form 1 yang cakap sorang-sorang tu mundar-mandir kat kawasan kelas masa pukul 12 tengah malam even time tu sebenarnya budak tu ada dalam dorm, peristiwa senior tengah basuh baju malam-malam kat toilet tetiba ade suara ustaz kat tingkap toilet tu menyapa senior tu even pagi tu ustaz terkejut lepas dengar cerita senior tu sebab ustaz memang takde pun kat situ (tak logik nak cakap ustaz masuk aspuri),then peristiwa ustaz suruh semua pelajar segera masuk dorm dan baca yasin sebab ustaz nampak 'benda' tu melompat dari bumbung ke bumbung. argh banyak lagi peristiwa yang pelik .

Satu farah nak ingatkan. KITA, MANUSIA yang menjadi KHALIFAH ALLAH kat bumi. KITA MANUSIA adalah ketua segala ciptaanNYA. jadi kita tak perlu takut dengan mereka. lumrah manusia takut dengan sesuatu yang hodoh dan tak mampu dilihat mata. Tapi ingat satu je, takkan ada yang mampu menyentuh kita tanpa izin ALLAH. Hanya ALLAH sebaik-baik pelindung. Mohon la perlindungan dariNYA.

wassalam.