when your heart is breaking and your pain makes you fall..remember..just remember...ALLAH sees it all

Thursday, 28 August 2014

Apa lelaki mahu..?


salam dan hi.

Tergerak nak menulis bila ingat balik perangai segelintir rakyat malaysia ni. Alkisahnya cuti sem haritu farah kerja kat klinik gigi berdekatan rumah farah. So masa nak dekat bukak kuliah mereka terpaksaa cari pengganti farah. Tapi bila farah iklankan ada jawatan kosong kat klinik tu dengan gaji RM700++ ramai yang melenting. Ya memang sekarang gaji minimum pun dalam RM900. Tapi rata rata yang farah tengok melenting ni bukannya bekerja pun. Dah memang nak cari kerja, Tapi tersangatlah memilih. Itulah RAKYAT MALAYSIA. Bukan nak mengutuk tapi kalau tengok perangai rakyat Malaysia ni boleh buat farah jelek. Pelajaran tak lah tinggi mana tapi bab bekerja sangat memilih. Helo kerja klinik gigi tu senang sangat. Kerja dalam aircond. Duk je kat kaunter tu uruskan pendaftaran. Paling sibuk pun just bantu doctor ambilkan barang. Tu kau nak minta gaji RM900 dan keatas? memang tak logik.


Geram tersangatlah geram. Ha duduk lah kau kat rumah tu tanam anggur dan terus menerus bermimpi ada kerja nak datang ketuk pintu rumah kau tu. Usaha taknak tapi duit nak? Sekarang ramai komplen ramai pendatang asing duk kerja kat Malaysia ni. Tapi kalau kau tanya ada tak anak muda yang nak cari rezeki kerja kat tapak pembinaan? Ada tak anak muda Malaysia yang nak kerja jadi pak guard shopping complex? Takda.... Diorang cakap apa kelas kerja camtu? then merungut takda kerja. heh orang cenggini patut dizankan dan di bacakan yasin. Yang diorang tahu merempit, hisap dadah dan menyamun. tula kerja anak muda sekarang. tak semua tapi kebanyakkannya mcam tu.


kerja la macam mana pun. Asalkan yang halal. rezeki tu Allah dah tentukan. Allah juga memberi rezeki setimpal dengan usaha kita. Kalau kita rajin Allah akan bagi lebih kepada kita. Mungkin dari starting RM700 then dapat rezeki sampai beribu. takda siapa tahu kan? ni tak.. belum kerja lagi dah tanya pasal gaji. Eh sakit pulak hati kita.


yang penting USAHA. ni tak usaha goyang kaki makan kuaci tengok melodi kat rumah pastu kondem duit belanja tak cukup. Kalau tengok pembantu rumah sekarang, ada ke orang malaysia yang jadi? kebanyakkannya dari negara seberang. sebab apa anggap pekerjaan tu tak standard? bila rezeki tu halal dan usaha kita ikhlas, Allah akan tambah rezeki kita tu. Tak perlu fikir eh cukup ke duit ni.


kita merungut Malaysia ramai pendatang asing. Tapi kita sendiri tak nak memonopoli bidang pekerjaan kat Malaysia ni. Cuba kalau ramai yang berebut nak kerja tak kisah standard. Mungkin Malaysia dah tak perlu dah nak ambil pendatang asing sebagai pekerja. Jangan suatu hari nanti kita pula yang terasing di negara sendiri.


Dating dengan Ju On


salam dan hi...!

entry yang lepas farah ada cerita yang fara tengok cerita guardian of galaxy. Tu pun sebab cerita Ju On takde. Tapi..disebabkan adik farah buat muka sedih masa tu, so kak sedara farah pun janji nak bawak kami pergi tengok cerita Ju On next day. Tapi pergi pagi la. Terharu jap. Sebab kak sedara farah ni tak suka tengok cerita seram. Kak sedara farah ni pernah nampak Ju On sebenar in real life. hehe.. 'Benda' yang orang lain tak boleh nampak.

So esoknya kami pun bertolak pagi-pagi semata nak tengok cerita tu. ceh. semangat kau jah. Pergi sana terus tergesa-gesa beli tiket. Takut habis.hoho.



Ju On Beginning of the End.
RM13.00

yeayy...dapat tengok cerita ni jugak akhirnya. Farah dan adik farah memang suka tengok cerita seram. Banyak dah tengok cerita seram. Sampai kekadang da boleh agak dah apa akan jadi for the next scene. ceh. riak sangat tuh. LOL.

Overall tahap keseraman cerita ni farah bagi 3/5. Tak seseram cerita lain. Banyak farah ketawa dari menjerit. haha. Tapi...........tapi.....tengok cerita horror beramai-ramai dalam cinema ni best. haha . sebab bila part scene hantu keluar tu ramai-ramai menjerit.bila dah jerit ramai-ramai boleh pulak ketawa ramai-ramai lepas jerit. rasa geli hati kot sebab serentak menjerit haha.. lawak pulak bila farah ingat balik.

Farah sempat lah gak tengok reaksi penonton yang lain. fara tengok ada sebaris remaja lelaki semua tutup muka. HAHAHAHA. takut ke bang.

Ada satu scene tu masa hero tengah baca diari milik hantu tu. Masa tu cinema tengah sunyi sepi. Masing-masing tengah fokus tengok. Tetiba ada sorang penonton perempuan ni menjerit. haha dia sorang je jerit. rupanya dia nampak hantu belakang hero yang tengah baca diari tu. Farah tak perasan. Farah ingatkan tiang. HAHAHA. pe la kau ni farah. 

ada scene leher hero dipulas hantu sampai kepalanya ke belakang.. haha siyes lawak scene tu. bukan lawak sebab apa tapi lawak tengok fizikal hero jadi cenggitu.

Bagi farah, farah tak pernah faham cerita Ju On dari cerita first dia dulu. pusing punya pusing cerita tu. kalau ingat balik cerita first dia, cara toshio dan mak nya mati tu lain dengan yang terkini punya. Agak pelik disitu.

untuk sesiapa yang berhasrat nak tengok cerita ni farah bukan nak halang tapi bagi farah takyah tengok pun takpe kot. depends kat orang jugak. 

untuk yang tak biasa tengok cerita seram bolehlah tengok cerita ni.untuk yang da biasa sangat tengok cerita seram setiap malam sabtu kat astro citra korang akan rasa cerita ni macam so so je.

ok la..tuje nak cakap..sinopsis?? korang google jelah.haha

-tata-

Wednesday, 20 August 2014

Guardian of Galaxy



salam and hi,

waktu hari raya yang ke-5 farah sekeluarga macam biasa balik kampung ayah di Melaka. Ok farah tak berapa bahagia nak cerita tentang raya tahun ni sebab banyak sangat dugaan tahun ni dan farah tak beraya pun. 


straight to the point. memang happy bagai kera mendapat bunga (eh??) bila ayah ajak balik melaka. Lama sangat dah tak jumpa sedara-mara kat sana. 


Sampai Melaka malam dah waktu tu. So, esoknya baru kami melawat sedara-mara. Tapi..tapi..bukan itu tujuan sebenar farah and adik farah (ngehngeh). Malam lepas melawat sedara terus farah, adik farah dan kakak sedara farah rancang tengok wayang. Sebab masa tu kecoh cerita terbaru Ju On da keluar. Memang excited lebih nak pergi tengok. Pergi pulak malam masa tu. Jadahnya semua ini.? ahaha


maka dengan bermuka kan comel dan suara lembut farah pun pujuk ayah farah untuk hantarkan kami ke mall berdekatan malam tu. 3 orang anak dara keluar malam memang farah expect ayah tak benarkan. Tapi omg ayah terus setuju. Ayah siap bagi duit belanja tiket sekali.


wah terharu iols. ceh. maka malam tu pergilah mall dengan hati riang. sampai je kat sana terus serbu kaunter tiket. ala.......Ju On takde kat situ....eh silap....movie Ju On tak ditayangkan kat situ. So nak wat cemana kan. Takkan nak call ayah balik suruh amik. Alang-alang sampai situ kitorang kekonon terpaksa beli tiket Guardian of Galaxy. Dalam hati farah mesti cam tak best je. Pe kes heroin pun badan hijau. hahaha jahat kau farah. Tapi takpe kita try tengok dulu baru komen.






RM10.00 je. Berbaloi-baloi. 


ceh nak jugak tunjuk titeww adeww popcorn...


MBO di melaka mall. 



kak sedara dan adik... farah? oh farah camera woman je malam tu. T.T


ok. meh nak kenalkan pelakon-pelakon utama Guardian of Galaxy. Ceh. meh nak kenalkan? macam kau je yang cipta cerita ni farah. meh....meh............



hero utama. Star-lord tu gelaran dia je. kenapa? ha kalau nak tahu sila tengok. tak best la cerita kan.


 Gamora. haha ni la heroin hijau yang farah cakap tu. pada asalnya Gamora ni jahat. apa yang terjadi sampai dia jadi guardian pulak? meh tengok cerita ni.
(kalau pink macam lagi cantik...pfffttt)



 Drax ni pada mulanya cuba nak bunuh Gamora. Tapi sebab pujukan Star-Lord dia tukar fikiran.
farah tak berapa suka character dia sebab badan dia ketak-ketak 
(eh....)

   
 Rocket. Tikus Bendelah ni farah tak tahu dia jenis apa. tapi dia sangat genius!
dan dia marah kalau orang panggil dia tikus.



dan.....akhir sekali Groot..!! farah rasa dia ni kesukaan ramai sebab dia lawak.
perkataan yang dia tahu sebut cuma 'I AM GROOT'
kalau kau tanya dia 'saya cantik tak"
dia mesti jawab benda yang sama..'I am Groot'
apa yang farah suka tentang Groot ni ialah farah nampak kejujuran dalam diri dia. kesanggupan dia terima arahan dari kawan-kawan dan sanggup mati demi kawan.. farah menangis time dia mati..nasib baik gelap dalam wayang..kihkihkih


ok.sinopsis cerita ni camni. 

In 1988, following his mother's death, a young Peter Quill is abducted from Earth by the Ravagers, a group of space pirates led by Yondu Udonta. Twenty-six years later on the planet Morag, Quill steals a sphere-like artifact only to be intercepted by Korath the Pursuer, a subordinate to the fanatical Kree Ronan the Accuser. Although Quill escapes with the artifact, Yondu discovers his theft and issues a bounty for his capture while Ronan sends the assassin Gamora after the orb, which Ronan seeks to give to the titan Thanos in exchange for destroying the Xandarians.

When Quill attempts to sell the orb on the Nova Corps homeworld -Xandar, Gamora ambushes him and steals it. A fight ensues, drawing in a pair of bounty hunters; the genetically-engineered raccoon Rocket, and the tree-like humanoid Groot. The Nova Corps arrives and arrests the group, imprisoning them in the Kyln. A powerful inmate, Drax the Destroyer, attempts to kill Gamora due to her association with Ronan, who killed his family. Quill dissuades him by saying that Gamora can bring Ronan to him. Gamora reveals that she has betrayed Ronan, unwilling to let him use the orb's power to destroy entire planets such as Xandar. Learning that Gamora has a buyer for the orb, Rocket, Quill, Groot, and Gamora work together to escape the Kyln.

Elsewhere, Ronan meets with Thanos to discuss his daughter Gamora's betrayal and the loss of the orb, during which Ronan kills Thanos's servant, The Other.

Now accompanied by Drax, Quill's group escapes the Kyln in his ship—the Milano—and flee to Knowhere, a remote criminal outpost in space built in the giant severed-head of a celestial. Drunk and seeking vengeance, Drax secretly sends a message to Ronan revealing the group's location, while the rest of them meet with Gamora's contact, Taneleer Tivan. Tivan opens the orb, revealing an Infinity Stone, an item of immeasurable power that destroys all but the most powerful beings who wield it. Suddenly, Tivan's tormented assistant, Carina, grabs the stone, triggering an explosion that engulfs his collection and destroys Carina.

apa yang jadi seterusnya? lu pikir la sendiri. hehe..tak tak....jangan marah...lu tengok la sendiri 

farah suka sangat cerita ni. farah bagi 4 bintang ( gaya nora danish )...hahaha....siyes citer ni best. Persahabatan dan kelucuan dalam cerita ni menarik perhatian ramai.

duk tengah sedap sedap tengok cerita ni tetiba dengar suara MAIL UPIN IPIN dalam cinema tu. ceh. ada bebudak tengok upin ipin dalam wayang. kuat pulak tu suara MAIL tu. DUA SINGGIT DUA SINGGIT.

ok bagi sesiapa yang belum tengok, please please please pergi tengok hokkay..best...harga tiket murah pulak tu. Yang mahal tak semestinya bagus. Yang bagus tak semestinya mahal ( iklan sabun baju)



ok sebelum balik kita snap lagi sekeping.
kalau perasan muka adik farah dan kak sedara fara ni macam nak dekat sama. tapi orang lain pulak cakap muka farah dan adik farah tak sama. LOL rabun kot. >.<


toodles.

Monday, 18 August 2014

baby lisa hilang......!!



salam and hi..........

kepada sesiapa yang friend dengn  farah kat facebook mesti dah kenal makhluk cecomel dan adorable ni...

mempersembahkan......





BABY LISA aka BLISA.......


                                     











Farah sayang sangat kat dia......eh salah........................satu family sayang sangat kat dia.......
farah siap bawak dia masuk tidur dalam bilik tidur farah..................pasangkan aircond........sediakan selimut dia.............kelas kau jah......


tapi.............................tapi.........................................satu malam tu dia main main dengan adik farah.......... 
tiba tiba dia hilang..................*poof*.................cenggitu je dia lesap.............



tanpa bunyi.....tanpa tanda.............last adik farah cakap dia duduk lepak dengan adik farah kat sofa.........
sebab perangai BLISA ni memang suka menyibuk kacau orang buat kerja rumah..................
sebelum dia hilang  BLISA tengah 'busy' menyibukkan diri mengacau adik farah buat assignment dia...............tetiba dia hilang........



satu family sibuk cari dia.......ayah sanggup terbongkok bongkok cari bawah kerusi......farah siap carik luar rumah.....kecoh.......
cari belakang sofa takde.....( selalu dia tidur belakang sofa )...............cari bawah sofa takde jugak.....
 cari kat bilik air takde................cari punya cari last-last kami stop cari sebab
 movie best dah mula start kat astro citra kami dah mula penat.......


lepas dah habis movie penat..............kami pun sambung cari lagi..............still lagi tak jumpa.....
sedih sangat....... farah geram tahap beruk makyeh dengan adik farah.....
sebab last BLISA ada dengan dia..cemana leh hilang....impossible lohh...........
lepas dah banyak kali cari.....still tak jumpa.....
last2 adik fara menangis senyap senyap................sikit-sikit menangis......cemana nak jadi lawyer neyh...??...............            

 i cannot brain this...............LOL


then....last call.....eh...........last usaha..........farah dan mak farah carik BLISA kat luar rumah.............. adik farah lak carik kat dalam rumah. Ayah tidur dah sebab esoknya keje pepagi buta....



tiba-tiba............






"umi...........!!  umi..............!!.."   jerit BLISA ......eh silap.................jerit adik farah................adik farah panggil umi............................katanya dia dengar suara BLISA mengiau .................tapi sayup-sayup je


then dia mengiau lagi..............umi and adik farah serentak terkejut..............farah pula selamba je sebab tak dengar........... 
( bukan pekak tapi tengah fokus cari kat dalam beg sekolah adik farah...kot kot BLISA duk situ...ahaha )


then dengar bunyi cakar-cakar..................................bunyi mengiau...............cakar-cakar...... selang-seli...
then.....then............bila dengar betul-betul...............bunyi tu datang dari................


.


.



.



.



.



.



.



.



.



.




sofa lama farah since kami duduk sabah


yepppp bunyi tu dari sofa usang ni ..Terus kami tengok belakang sofa...........
ehhh.........takde pun.......LOL.....tengok lagi bawah sofa........ehhhh............macam tipu je...takdepun...
bunyi mengiau lagi.............rupanya.......rupanya............dia ada DALAM sofa.. diulangi.... DALAM sofa  apakah.........................kenapakah..............bagaimanakah.................

ok lupa kan dulu soalan soalan tu......................terus kejut ayah................
ayah dan adik farah angkat sofa  tu biar terlentang............

umi pulak koyakkan jaring bawah sofa tu sebab nak keluarkan si budak bertuah tu...and tugas farah apa....? mestilah si penyelamat............farah lah yang koyakkan jaring tu bila umi farah tak larat............gila ketat dia punya seal sofa tu...........



then nampak dah kepala BLISA terjenguk-jenguk ke lubang tu.....haha..berdebah kau.....ku sekeh jugak  budak sekor ni.......................


then farah masukkan tangan farah yang kecik ni ke lubang jaring sofa yang kecik tu...........
kelebihan berbadan kurus............sakit taw tak kena besi-besi tu......then apa lagi...................farah tarik kepala BLISA......


tak boleh pulak tu..........kepala dia besar......................HAHAHAHAHA..............

ok ok........usaha tanpa pasghah.........redha itu ikhlas....pasghah itu menyeghah....LOL
akhirnya dapat gak farah keluarkan dia.............adoi....misi menyelamat akhirnya berjaya.....


syukur Alhamdulillah



budak bertuah yang selalu sepahkan balik rumah lepas kak farah dia ni penat-penat kemas kan rumah




setelah siasatan CSI dijalankan.................kami buat kesimpulan kemungkinan BLISA termasuk DALAM sofa disebabkan ruang ruang kecik yang ada pada penyandar badan kat sofa tu.......



kalau nak buat kesimpulan orang bunian yang sorokkan BLISA macam tak logik.............
lagipun tak baik menfitnah.................haha.........

                                            






-TAMAT-

Wednesday, 13 August 2014

surat cinta untuk farah..!


salam dan hai..........long break huh.........omg...omg...farah dapat surat cinta......???

dari siapa........heeee......actually bukanlah surat cinta.....dapat through facebook je....

cerita nya cenggini....cenggini.........

suatu hari yang bosan farah dok scroll facebook....tup....tup....ternampak post dari blogger terkenal  kak anis athia merangkap kakak angkat farah masa study dentistry kat UKM........kak anis ada buat contest giveaway.......and....yang best nya......pemenang akan dapat Loreal Paris White Perfect Total 10. 

seronok tak...seronok kannnnn....siapa tak nak..

senang je nak join contest.......korang kena tulis 5 perkara yang korang suka tentang BESTFRIEND korang...and................tag nama kawan korang tuu......your bestfriend pula kena balas and tulis 5 perkara yang dia suka tentang korang.....wahh.....kemain...............

so masa nak join tu farah tak fikir panjang.....terus terlintas kat otak ni siapa yang farah nak tulis........ofkos la buddy farah since sekolah rendah lagi..........................MAIRA SHAKIRA......
kawan2 yang lain macam PIKA.........ADIBAH.....AISYAH......bukanlah farah tak nak pilih....(jangan kecik hati)....hehe................tapi maybe sebab farah dah lama kawan dengan maira.....tu sebab pilih maira..........
kawan-kawan yang lain pun terbaik jugakkkk..............daebak..!! LOL......

okay okay dah melalut panjang..............masa nak join contest tu terus fikir nak menang..........kena tulis best-best ni...gelojoh kau farah....tapi apa yang fara tulis tu memang dari naluri hati farah yang ikhlas sesuci dedebu di embun pagi .... hashtagLOL..

And.............lepas da tulis apa yang farah suka pasal maira....maira pun kena lah balas apa yang dia suka tentang farah kan...............................and ini apa yang maira fikir and suka tentang iolss.....




Uhhh ... I feel like want to cry upon reading this ... نور فرح ... :') . Ok , ok ...No touching2 . CHEERS UP !!

Urm , just 5 things ? Actually it won't be enough to describe you , my dear sweetheart . Believe it ! Nevertheless , I would always be prou
d to tell the world what are the 5 things I love most about you .

1) Some people say that mutual upbringing confer dual understanding . But who is that person which is completely different from me , but can blend and mix with me greatly ? The answer is you , Farah . Hahah , can't imagine right ? A tomboyish , nature girl like me can share a harmonious room with a girlish , elegant girl like you . So Colourful !

2) Farah , you are such a fearless girl . Yeah , such a bravery . I truly appreciate your outspoken and direct manner . When I choose to be silent , and things went worse , you are the one who voice it out loud .

3) A respectful , competent girl . Yup , what can I say ? Either it is about drawing , studies , quizzes , exams or else , you are the one who can keep me motivated to excel further . A challenge of friend for friend . Spirit Burn !!

4) An extremely hardworking , work-hard and play-hard type ! Farah , I know you won't take things for easy . To see you struggling and striving to get what you want is a must .

5) Lastly , thank you very much for teaching my heart that everything in this world must be referred back to God . We can walk far away , solve many problems , meet other people , keep as much as we can , but nothing can replace that sole , intimate connection and hope .

Having you as my best friend is such a bless ,
Losing you in my sight create an empty space ,
That no other person can replace .




sobs...sobs.....siyes farah terharu sangat baca apa yang maira tulis....tak sangka cenggitu sekali berharga nya diri iols di mata maira..........rasa macam dapat surat cinta......and rasa macam pwinncesss lak bila maira tulis cenggitu..............hik.............hik.............


sebenarnya hubungan  farah dengan maira ni banyak ranjau nye....cehhh..
first kenal masa darjah satu.....time tu maira top student....selalu dapat nombor satu dalam kelas.....farah pulak nombor 10...............HAHAHAHAHA......kesian kau farah..................memang admire dia since first kenal tapi farah malu nak kawan dengan top student macam maira....


so dengan semangat membara nya farah pun study lah sungguh-sungguh...dengan harapan dapat jadi top student jugak and bolehlah kawan dengan maira.......haha fikiran masa kecik-kecik dulu......walhal maira tak pilih kawan pun.....dia sangat adorable.....sayang semua orang......and lepas dah berusaha sungguh-sungguh tu Alhamdulillah....dapat la jugak farah dapat nombor 1 atau 2 dalam kelas untuk tahun-tahun berikutnya....


oleh sebab tu farah dan maira jadi pesaing...memasing nak on top of the world...ceh padahal kelas je pun....
so dari situ kami rapat........see....pertandingan sihat....saling bantu membantu bukan jatuh menjatuhkan....



and kami jadi bestfriend dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah.....macam belangkas..................tapi...tapi masa form 4 farah masuk sekolah asarama penuh.........................so ter lost contact sekejap...ter okayhh....ter....bukan sengaja.....hohoho.. :p



lepas habis sekolah menengah tetiba dapat masuk asasi sama sama kat puncak alam...kos sama andddddd rumah sama dan duduk dalam bilik yang sama....omg.................omg................heaven kot duduk dengan bestfriend sendiri.....
sepanjang duduk sebilik tak pernah bertekak...selalu happy...bila stress maira nyanyi lagu hindustan...farah lak layan lagu tailor swift.........

kami berbeza dari segi minat tapi perbezaan tu lah yang melengkapkan persahabatan kami....ewah...

okay sebenarnya nak tulis dapat surat cinta je....tapi terpanjang pulak......well excited first time dapat surat cinta............hakhak....

ok let me introduce her


.


.


.

.

.


.


.

.

.


.

.

.


.


my bestie ^_^




with her younger sister



gambar-gambar ni farah cilok dari facebook....

harap maira ampun kan farah  T__________T