salam dan hi.
Tergerak nak menulis bila ingat balik perangai segelintir rakyat malaysia ni. Alkisahnya cuti sem haritu farah kerja kat klinik gigi berdekatan rumah farah. So masa nak dekat bukak kuliah mereka terpaksaa cari pengganti farah. Tapi bila farah iklankan ada jawatan kosong kat klinik tu dengan gaji RM700++ ramai yang melenting. Ya memang sekarang gaji minimum pun dalam RM900. Tapi rata rata yang farah tengok melenting ni bukannya bekerja pun. Dah memang nak cari kerja, Tapi tersangatlah memilih. Itulah RAKYAT MALAYSIA. Bukan nak mengutuk tapi kalau tengok perangai rakyat Malaysia ni boleh buat farah jelek. Pelajaran tak lah tinggi mana tapi bab bekerja sangat memilih. Helo kerja klinik gigi tu senang sangat. Kerja dalam aircond. Duk je kat kaunter tu uruskan pendaftaran. Paling sibuk pun just bantu doctor ambilkan barang. Tu kau nak minta gaji RM900 dan keatas? memang tak logik.
Geram tersangatlah geram. Ha duduk lah kau kat rumah tu tanam anggur dan terus menerus bermimpi ada kerja nak datang ketuk pintu rumah kau tu. Usaha taknak tapi duit nak? Sekarang ramai komplen ramai pendatang asing duk kerja kat Malaysia ni. Tapi kalau kau tanya ada tak anak muda yang nak cari rezeki kerja kat tapak pembinaan? Ada tak anak muda Malaysia yang nak kerja jadi pak guard shopping complex? Takda.... Diorang cakap apa kelas kerja camtu? then merungut takda kerja. heh orang cenggini patut dizankan dan di bacakan yasin. Yang diorang tahu merempit, hisap dadah dan menyamun. tula kerja anak muda sekarang. tak semua tapi kebanyakkannya mcam tu.
kerja la macam mana pun. Asalkan yang halal. rezeki tu Allah dah tentukan. Allah juga memberi rezeki setimpal dengan usaha kita. Kalau kita rajin Allah akan bagi lebih kepada kita. Mungkin dari starting RM700 then dapat rezeki sampai beribu. takda siapa tahu kan? ni tak.. belum kerja lagi dah tanya pasal gaji. Eh sakit pulak hati kita.
yang penting USAHA. ni tak usaha goyang kaki makan kuaci tengok melodi kat rumah pastu kondem duit belanja tak cukup. Kalau tengok pembantu rumah sekarang, ada ke orang malaysia yang jadi? kebanyakkannya dari negara seberang. sebab apa anggap pekerjaan tu tak standard? bila rezeki tu halal dan usaha kita ikhlas, Allah akan tambah rezeki kita tu. Tak perlu fikir eh cukup ke duit ni.
kita merungut Malaysia ramai pendatang asing. Tapi kita sendiri tak nak memonopoli bidang pekerjaan kat Malaysia ni. Cuba kalau ramai yang berebut nak kerja tak kisah standard. Mungkin Malaysia dah tak perlu dah nak ambil pendatang asing sebagai pekerja. Jangan suatu hari nanti kita pula yang terasing di negara sendiri.
No comments:
Post a Comment