when your heart is breaking and your pain makes you fall..remember..just remember...ALLAH sees it all

Friday, 2 October 2015

30 things about me


salam dan hi!
hehe sepatutnya entry ni di buat as first entry dalam blog ni. Tapi sebab kemalasan yang melanda maka entry pun tergendala. About me.. farah nak cerita serba sedikit tentang diri farah. Tak nak baca sudah..namamu dollah.. #eh

ok here we go..!


1. Farah anak kedua dari tiga beradik. yang paling manja yang paling caring dan yang paling banyak songeh. Ramai gak kawan rapat farah masa sekolah dulu ingat farah anak last sebab perangai gedik camni memang ada untuk anak last je. ekeke.
tapi farah family person.

2. Sensitif. tersangatlah sensitif. kalau orang lain naik suara sikit je dah berkecai dah hati ni. pastu mulalah episod nak merajuk taknak cakap dengan orang tu. ekeke

3. Kuat merajuk.

4. Suka pink colour. paling stress bila benda tu coraknya dah cantik tapi bukan colour pink.

5. Obses dengan kecantikkan tapi tak cantik mana pun iols. suka peralatan make up tapi tersangatlah tak pandai make up, cemana tu. nak pakai eyeliner pun tak pandai. pakai gincu pun bersepah. pakai mascara pun comot. last2 malas nak pakai..hehe

6. Tak suka orang tak tepati janji. paling anti dengan orang camni. ramai je orang camni kat sekeliling farah tapi pendam jelah perasaan ni bila diorang tak tepati janji.

7. Suka shopping baju. TAPI tak gemar kemeja. sebab tak selesa.

8. Susah nak dapat saiz kasut. sebab kaki farah kurus. kasut kat kedai lak banyak saiz giant. >.<

9. Suka asikrim perisa vanilla.

10.Suka gula-gula tapi tak suka coklat.

11. Pendiam dengan orang yang farah tak berapa selesa bergaul. Sangat manja dan talkative dengan orang yang fara selesa bergaul.

12. Tak suka kek atau kuih manis. Tapi satu masa akan tetiba mengidam then tahap mengidam tu takleh control.

13. Takut keluar malam. bagi farah malam tu adalah waktu di mana segala kejahatan tengah aktif. bila kawan2 ajak keluar selalu gak farah tolak. last2 diorang boring dah nak ajak.haha maaf.

14. Sangat suka ayam. tak suka ikan!

15. Tak makan sayur. suka buah tapi malas nak makan. acane tu.ahaha.

16.Pernah ada kelebihan predict masa depan. contoh farah boleh tahu bila fara akan putus cinta or boleh tahu bila kucing farah akan mati or boleh tahu farah lulus ke tak exam in future tapi kelebihan tu makin hilang. syukur alhamdulillah. tak semua kelebihan tu satu keistimewaan.

17. Pernah ada kelebihan baca fikiran orang. tapi ni pun dah hilang. contoh farah tengah cakap2 dengan someone tu. tetiba masa seakan berhenti 3 saat dan farah boleh dengar suara orang tu. scary dan taknak ada lagi kelebihan ni sebab in order to hear their voice my heart has to stop around 1 second. tapi hanya orang tertentu je farah boleh baca fikiran dia. bukan semua orang.

18. Tak suka disentuh. farah tak suka orang pegang2 farah walaupun orang tu perempuan. kalau lelaki memang minta penyepak lah.

19. Emosi farah pernah ditentukan oleh cuaca. contoh kalau hari mendung farah akan tetiba rasa muram. bila hujan jantung ni degup laju dan rasa tak sedap hati. walaupun kadang2 farah beraada dalam bilik tertutup yang tak tahu pun kat luar tengah hujan.

20. Tak suka lelaki yang curang. rasanya semua orang tak suka.

21. Tak suka kanak2 hyperactive. Rasa macam nak "haip diam boleh tak dik..bingit tau tak bingit"

22. Pendendam. farah tak suka komplen or luah macam2. apa yang orang lain buat farah akan telan dan tak akan balas. still layan diorang baik tapi once farah da meletup, sampai mati pun farah tak akan lupa apa diorang buat walaupun farah dah maafkan.

23. Tak percaya orang. susah. sebab banyak sangat pengalaman di aniya orang even dalam persahabatan dan perhubungan.

24. Mempunyai suara kecik dan slow. maka tersangatlah kecik hati bila kita cakap tapi orang lain tak respond sebab diorang tak dengar.

25. Tak penyabar. Paling benci menunggu.

26. Keras kepala. 

27. Suka kucing. tersangat suka.

28. Seorang yang clumsy dan careless.

29. Suka fashion walaupun farah tak pandai berfashion.

30. Tak pandai pakai kasut tumit tinggi. pakai kasut flat pun boleh terjelepok.

Saturday, 25 April 2015

ABANG DAN MALL


Salam dan hi.

Bila teringat balik cerita ni boleh ketawa sesorang.....bahaya kalau orang tengok...maybe orang akan ingat farah dirasuk hantu ketawa..mueehe....ok stop..

begini ceghitenye.....

masa kecik dolu dolu......abang farah ada pengalaman pahit dia dengan shopping mall.... dulu  masa parent kami bawak jejalan kat mall.......abang pernah hilang..

farah dan abang beza setahun je...so kalau dipilih pilihan siapa yang akan diberi perhatian lebih of kos la pilihannya farah..ekeke.. masa tu farah baru 2 tahun.. abang lak 3 tahun.  so ayah farah dukung farah masa jalan kat mall tu sementara mak farah pimpin abang,,

duk parent khusyuk tawaduk terpesona dengan barang yang nak dibeli tak perasan abang farah ditinggalkan tertinggal kat belakang. 

ok jujur farah cakap farah ada ability untuk ingat certain thing during my childhood walaupun masa tu farah masih dua setahun jagung. so walaupun masa tu fara still 2 tahun, farah masa ingat sampai sekarang kronologi abang farah hilang.

masa ayah farah duk dukung farah sambil khusyuk membelek barang yang nak dibeli , farah ternampak abang farah tengah pegang barang mainan bertentangan dengan farah. tapi abang farah tak nampak ayah farah.. yela mata dia kan sepet...mana nak nampak.....ekeke jahat pulak...

so abang nak mula nangis....eh buruk sangat kalau nangis.....mata da sepet bila nangis dah macam takde mata plak kan,.,,,ekeke.....

so duk dia nangis sambil tangan tak lepas pegang mainan tu tetiba farah nampak ada pekerja mall pakai baju putih datang kat abang farah......dia duk mencakung sambil cakap2 dengan abang fara,, then tariik tangan abang,, masa tu farah pandang je....yela kot kot boleh rampas takhta anak sulung kalau dia hilang... ekeke kecik kecik dah durjana..

so dengan tetiba parent farah pun sedar kehilangan abang farah.. (plan farah nak rampas takhta tak menjadi puleeekkk)..

so mak farah tergagau gagau jantung macam dah hilang bila sedar abang farah hilang.. duk cemas carik abang tetiba

DING DONG DING DONG....pengumuman...pengumaman...SEORANG KANAK-KANAK CINA BERBAJU BIRU BERSELUAR COKLAT berada di kaunter perkhidmatan kami..kepada ibu dan bapanya sila datang ke kaunter dengan kadar segera,

so dengan semangat membara mak farah nak bergegas ke kaunter tapi ayah farah taknak sebab ayah cakap pengumuman tu tentang anak cina....

tapi instinct seorang mak mana boleh lawan... so parent farah pun pergilah kaunter..
ternyata anak cina yang hilang tu abang farah.. tengah nangis dikerumun orang ramai... wah kemain mak farah berlari pergi nak ambil abang farah sambil nangis2... tulah tinggal anak lagi...ececeh.. 

tapi pihak keselamatan tak bagi mak farah ambil abang sebab ingat mak farah sengaja mengaku mak semata nak culik anak cina ni.. yela tak make sense muka mak melayu muka anak cina.. macam  unbelipbebel....

ditambah lagi sengau dan pelat abang farah masa tu nampak ayah so abang panggil ayah "HAYYAA...HAYYYAA" so bertambahlah evidence yang meyakinkan pegawai keselamatan tu yang abang farah ni bebetul anak cina....siap kulit abang putih gebu snow white lagi masa tu..

tapi setelah tunjuk bukti apetah akhirnya pihak keselamatan pun lepaskan abang farah kepada parent farah....

haha...kesian...nasib baik jumpa...kalau tak...gua dah dapat takhta anak pertama....eh boleh pulak cenggitu...

anak cina yang hilang tu..
tapi anak cina ni dah hitam lepas berjemur siang malam 

cinta tak direstui sebab baju labuh tak pakai tudung..
keke

dah macam adik beradik dah dua 3 makhluk hitam ni

*semua ni curi kat ig abang je....hp farah tak simpan gamba abang farah.. nanti hang.. hehe