when your heart is breaking and your pain makes you fall..remember..just remember...ALLAH sees it all

Thursday, 24 July 2014

benda simple yang membuatkan pasangan anda tersenyum


tips nak membuatkan orang istimewa anda tersenyum :)





1. Tunjukkan anda mengingati mereka walau berjauhan.

Bak kata orang jauh di mata dekat di hati....jangan lah jauh di mata jauh beribu ribu lagi dari hati. orang selalu cakap long distance relationship ni susah nak bertahan sebab masing-masing jauh....no...no...tak semestinya.....pasangan ni kalau dah duduk jauh dengan pasangannya kadang rasa di abaikan....tunjukkan lah anda ingat mereka dengan hanya sms ringkas setiap pagi ...contoh "SELAMAT PAGI AWAK" .....
waktu malam pula bagi sms ringkas sebelum tidur "SELAMAT MALAM AWAK..JANGAN LUPA BACA DOA TIDUR"  ......pasangan anda akan rasa diingati ...then berbunga-bunga la hati dia...ececehh...



2. Ingat tarikh penting.

Ni lagi penting untuk yang da berumah tangga....jangan pula dah lama berhubungan makin lupa tarikh penting or ambil remeh temeh sememeyhhhh je tarikh-tarikh tu..contoh tarikh BIRTHDAY ke ULANG TAHUN KAWIN ke...untuk yang tunang pulak leh lah kekonon sambut tarikh tunang....takyah nak buat kenduri kendara sangatlah nak sambut tarikh tu..just dengan simple wish je da memadai.....tapi.....tapi......ni nak habaq mai...yang couple tu takyah la nak sambut tarikh couple seminggu ke "AWAK,,,SAYA NAK WISH HAPPY ONE WEEK ANNIVERSARY " Haaa yang tu macam nak kena baca yasin sikit kat telinga tu... kalau setahun ok la lagi....ni kadang dengar nak sambut or wish untuk yang ke 44 hari couple...paling parah yang setiap bulan nak sambut..cukup sebulan je nak sambut..cukup sebulan je nak buat kenduri besar-besaran #ehadakemacamni





3, Ingat kelemahan pasangan untuk kebaikan.

Ni nak bagi contoh lah.....kalau kekonon ada date dengan pasangan....pastu pasangan anda pula tak boleh makan lewat sikit mesti perut masuk angin nak muntah-muntah......kebetulan masa tu anda lambat nak amik pasangan anda sebab jalan jem....and tahu pasangan anda tak sempat breakfast...so sebelum nak ambil pasangan anda tu anda beli lah siap-siap sedikit snack.....takyah duk beli nasi lemak sebungkus.....benda simple je contoh macam susu kotak dengan coklat ke.....bolehlah pasangan anda yang mengada takleh makan lambat nanti perut masuk angin tu makan dalam kereta sementara dalam perjalanan ke destinasi


bila pasangan anda nampak anda bagi snack tu konfem dia terharu sebab anda amik berat tentang kesihatan dia..

(ni berdasarkan kisah benar..ekekekee)





4. Bagi kejutan

Tak semua lelaki or wanita kat dunia ni romantik kan..tapi anda tak perlu jadi romantik untuk jadi yang terbaik.....kadang-kadang apa salah anda bagi kejutan kat pasangan anda tu....bagi hadiah walaupun bukan birthday or hari special dia.....tiba-tiba ada delivery man datang bawak bunga sejambak beserta coklat berbentuk hati bagi kat pasangan anda konfem pasangan anda terkejut...silap-silap leh jadi sawan dapat surprise camtu......tak semestinya untuk perempuan....tetiba lelaki dapat surprise 100 kuntum bunga ros pun leh wat hati lelaki dipenuhi bunga bungaan..silap haribulan nanti terus dia hantar rombongan meminang korang..ekeke...







5. SMS ringkas.

kalau korang tengah shopping sama-sama or keluar jalan-jalan.....sms lah pasangan depan korang tu... tulis "awak nampak cantik/handsome"......walaupun pasangan tu depan mata so what.....benda yang mereka tak expect tu lah benda yang sweet kan...hahahahahaktuih...hehe....

or contoh masa pasangan anda suruh anda belikan dia makanan ringan contoh nugget ke..popcorn ke... selit kan sekali nota "i love u" bersama dengan makanan tu......mesti pasangan anda senyum-senyum kambing lepas tu.....




setakat ni tu je.....kepala pening..esok nak sahur......benda simple leh buatkan hubungan korang bertambah harmoni...apa salah kan........
jumpa lagi :)

























No comments:

Post a Comment