Sunday, 21 May 2017
terima kasih Allah, terima kasih awak
salam dan hi,
Tahun 2017 ni, pada tarikh 18/5 ( hari khamis) adalah hari jadi farah yang ke 24 tahun, farah still dalam tahun akhir dalam bidang dentistry. Dah dekat sebulan tak balik sebab busy sangat2 so ingat nak balik lah minggu ni sebab nak sambut bufday dengan family, ayah pun dah mesej ajak balik. Memang tiap tahun pun sambut dengan family. Tapi sebab hari sabtu tu ( 20/5/2017) ada program yang diwajibkan datang so hasrat nak sambut dengan family pun terpaksa dilupakan. Tapi.....................haaa...
Happy sangat2 sebab syuk nak sambut dengan farah, actually dia tanya haritu, balik tak rumah minggu ni so farah mengadu lah yang tak dapat balik sebab ada program, rasa sedih plus kecewa. Then dia cakap ok dia akan ambil cuti untuk sambut bufday farah. Mula2 macam tak percaya sebab dia suka main-main sekali rupanya betul2. Terharu huhuhu tapi tak tunjuk. hehe
Then tibalah hari yang dinantikan. Mula2 pukul 730 tu gerak pergi klcc sebab program tu dekat aquaria klcc. Pergi dengan grabcar dengan kawan. Then habis program dekat pukul 11 pagi tu syuk otw datang ambil dekat sana. Hantar kawan2 balik plazarah jap then shoot pergi time square. Aah selama ni kalau keluar memang prefer dekat2 je. kalau kawin nanti baru kita pergi jauh jauh tau (tutup muka malu :p ). Lagi satu pergi ts (time square) tu sebab farah nak beli kasut sebab kasut klinik + kasut jalan dah koyak so dekat ts jela yang banyak barang murah.
sampai ts da dalam 12 tghri camtu terus cari kedai nak lunch. sebab dua dua tengah lapar. Last2 decide nak makan kat kfc je. my favourite fastfood. So farah jaga tempat duduk, syuk pergi beratur belikan makanan. ramai yang beratur so lama sikit la. Tapi masa tu perut farah dah masuk angin, (sebab tak makan pagi) so tak berapa selera, rasa nak muntah, Farah just minta syuk belikan set yang seketul ayam+fries+air je sebab tahu takkan habis makan. oh ye, minta belikan cheesy wedges sebab teringin.hehe Then bila syuk datang meja tu ya ampun, banyak dia beli. Dia belikan set seketul ayam+fries+wrap ape tah tak ingat +air dengan cheesy wedges. Set dia banyak la sebab dia lapar. Terharu kali kedua sebab dia belikan lebih dari yang kita minta.
Lepas makan, jalan2 cari kasut jap then pergi tengok taman tema yang dalam ts tu. tengok orang main roller coster, farah mintak nak naik roller coster (main2 je sebenarnya) sebab tahu mahal tapi tak naik pun just tengok2 je then pergi solat. Habis solat sambung cari kasut lagi. Kesian dia sebab farah banyak tak berkenan dekat kasut2 yang ada. Banyak menyimpang tempat lain pun ada hahaha. Nak cari kasut tapi duk tengok tudung, tengok cincin sampai penat jadinya. Last2 jumpa satu kedai ni dan memang ada jual kasut yang sesuai untuk klnik. warna hitam bertutup dan selesa dipakai. thank u awak sebab tak lelah layan saya.
Lepas bayar farah ajak duduk makan aiskrim baskin robin sebab tahu syuk penat. Kaki dia pun still tak sembuh spenuhnya kesian sangat. So order baskin robin dua scoop tu makan sesama. Kali ni farah bayar lah sebab kesian dia banyak keluar duit dan habiskan masa untuk farah, even dia berkeras gak nak bayarkan farah rasa tak elok lah asik guna duit dia. Maka berehatlah kami duduk kat situ makan ais krim. Yang ni kelakar sebab asik gelak je ambil gambar pakai app snow. hehe. muka dia lawak sangat bila app snow tu kena kat muka dia, farah takleh berhenti gelak sampai sakit perut gelak tengok muka dia berubah ubah ikut app tu tapi dia boleh senyum je pandang pelik kat farah asal nak kelakar sangat. yela dah memang kelakar nak wat cane hehe. then hack insta dia upload gambat kitorang, dia pun redha je siap bagi idea nak tulis caption apa. Sambil senyum tu farah pandang dia, dalam hati farah kenapa lah farah selalu buat dia marah atau sedih selama ni (dia pun sama. hehe) , kenapalah farah sanggup lukakan hati dia selama ni sob sob.Nampak dia penat, nampak sangat tapi still usaha nak layan farah, huhu thank you. Farah buli syuk kejap, pakaikan mascara kat dia hehe tapi dia rase tak selesa, dia tanya kenapa bulu mata rasa melekat. hehe. dalam usaha dia nak bersihkan mascara tu farah ambil kesempatan sapu blusher kat dia. hehe
Lepastu farah ajak dia minum coolblog. dia pun ok je asalkan ada aktiviti katanya sebab tak tengok wayang takda cerita best. Dia order green tea, farah order oreo. Kemain excited sangat nak ada pearl katanya, tak habis2 sebut pearl pearl pearl. hehe. Lepas beli coolblog sambung jalan cari kasut jalan farah pulak. Ada satu kedai ni beli dua kasut dapat harga rm79. So pilih2 kasut, dia pun bagus bagi komen kasut apa yang sesuai, then dia nak tlong bayarkan. Tapi memang rasa tak selesa la sebab tu kan barang farah, then farah berkeras nak bayar sendiri , sekali kedai tu terima cash je tak terima visa card. haha. dalam dompet dah tinggal rm2 je kot. Then tersengih sengih kat dia. haha. dia pun senyum je tolong bayarkan. Then farah drag dia ke atm machine nak bayar balik duit dia, sekali kena marah sebab dia kata memang nak bayarkan tapi nope, farah taknak macam tu. Masa tengah beratur kat atm machine tu dia terpandang kedai jam. Dia cakap nak tengok jam kejap. Habis je farah keluarkan duit tengok dia lambai lambai tangan sambil senyum. Bila farah pergi dekat dia terus dia cakap "sayang nak yang mana. yang tu cantik tak". Rupanya dia nak belikan jam as hadiah birthday. Masatu tak tahu nak cakap macam mana sedihnya tu. Actually semua jam dia tunjuk cantik tapi tengok harga rm600 la, rm800 lah, rm400 la even ada potongan pun still tak sedap hati. So farah banyak bagi alasan kata eh jam tu tak cantik, jam tu besar sangat. haha sampai jurujual tu pun dah naik bengang. Ada yang murah sikit tapi mostly yang murah tu jam besi ( farah takleh sebab allergic nanti gatal gatal merah2). Last2 farah ajak syuk keluar dari kedai tu. Dia cakap takpe nanti dia cari dalam internet. hehe.
Lepastu pergi area jual barang dapur, farah beli cili hijau dengan buah epal. Dia ajak beli sosej, nugget n biskut sekali tapi farah fikir fridge kat plazarah dah penuh tak muat so takyah la. Biskut lak macam tak lalu farah nak beli. Farah pilih meggi dengan samyang kari. Puas gak pujuk dia sebab dia marah beli meggi (hehe). Kat kaunter gaduh lagi sebab dia nak tolong bayar tapi farah nak bayar sendiri. Muncung je dia hehe.
Then lepas tu farah ajak dia pergi kl festival city (tempat selalu dating). Kat sana dia beli barang dia, dia berkenan sangat dekat speaker yang jual kat bawah tu. Lepas tu solat asar lak. Then dia belikan big apple sebab farah memang dari haritu tak tahu kenapa ngidam sangat2 kat big apple. Duduk sambil makan sambil minum dia buat kerja dia, tengokkan kat fon pintu gate kawan dia akan landed dari luar negara untuk esok (ahad 21/5/17). Lepas tu dia ajak naik satu permainan ni. macam roller coster tapi yang 3D punya namanya 6D cinema. Terharu sebab dia ingat lagi yang tengahari tadi farah teringin naik roller coster so yang ni pun kira ok la. Best plus kelakar game tu. Mahal gak bagi farah sebab belas belas untuk sorang tapi dia nak gak bagi farah merasa. Thank you awak. Kelakar sebab dia macam berani tapi bila game nak start dia gelabah bila farah terpegang pemegang kerusi dia, "eh eh sayang ni abang punya pemegang la!" haha gelabah takut terpelanting katanya. Siap dia kelentong amoi tu kata kitorang da ada sorang anak. haha nakal sangat.
Lepas habis naik game tu dia tanya farah nak pergi mana lagi. Farah cakap nak tengok jam kat satu kedai ni sebab kedai jam tu dulu farah belikan hadiah bufday umi farah takdalah mahal sangat. Sebab takut syuk belikan jam mahal kalau dia beli melalui internet. Tapi, niat farah just nak tengok2 je sebab farah suka tengok2 dulu then compare harga. Then syuk berkenan kat satu jam ni sambil suruh jurujual tu pakaikan kat farah. Memang cantik tapi harga rm300+++ so farah taknak. Farah baru nak cakap kat syuk suruh solat maghrib dulu then baru fikir nak beli tak tetiba syuk laju je cakap kat jurujual "ok jadilah yang ni" then jurujual tu boleh pulak laju je potong tag harga jam tu so memang takleh nak wat ape lah. Semuanya macam berlaku dalam beberapa saat sambil farah terkebil-kebil cuba loading apa yang tengah berlaku sebenarnya. Lepas syuk habis bayar masatu tak tahu nak describe perasaan ni macam mana. Terharu tu sampai rasa terkejut tak percaya. Farah ucap terima kasih tapi still rasa ucapan tu tak puas untuk balas apa dia dah bagi. Lepas habis solat mangrib farah ajak dia dinner, farah nak belanja sebab dia dah banyak sangat keluarkan duit. Dia taknak makan nandos sebab perut kenyang lagi katanya so farah ajak makan kat tabura food junction sebab dia kata teringin makan steak.
Lagi pun dekat je tabura food junction tu dengan kl festival city. Sampai sana terus order western food set yang 1-3 orang makan tu ,air epal asam boi dengan air oren. Besar gabak air tu. Sambil tunggu makanan sambil dia excited nak download game burger yang farah main selama ni, katanya dia leh main lagi power (mata ke atas) hehe. Sampai je makanan tu dalam stau tray ada spaghetti, meatball, fries, lambchop dengan fish chop. Banyak tapi sedap sangat2 tak mcam shell out dia (dulu try shell out dia tapi tak berapa sedap). Happy tengok dia makan. Farah pandang dia sambil terfikir lagi kenapalah selama ni farah selalu buat dia sedih n marah. rasa macam kenapa tak cukup hargai dia selama ni. Lepas farah habis bayar ( tu pun dia bising sebab farah yang bayarkan) then balik sebab perut farah dah rasa tak sedap.
Lepas dia hantar tu, lepas bye bye bye then masuk rumah, kemas2 barang barulah air mata ni mengalir (sekarang pun) sebab rasa bahagia sangat hari ni. Farah tahu bahagia ni Allah yang hadiahkan untuk hari jadi farah dan Dia hantarkan melalui kehadiran syuk dalam menyambut bufday farah. Alhamdulillah dan thank you Allah. Menangis sebab terlalu terharu dengan apa yang syuk dah buat dan bagi dan terlalu bahagia. Sebelum tidur call kejap then tidur dengan penuh rasa syukur.
Terima kasih Allah atas kebahagiaan ni. Redhai lah pertunangan ini dan jodohkanlah kami hingga ke jannahMU.
untuk awak, terima kasih untuk semuanya, maafkan saya untuk semuanya dan terima kasih dah bahagiakan saya selama ni dan terutamanya hari sabtu tu, tak terkata dan tak terbalas rasanya hanya dengan ucapan terima kasih. Saya harap awak satu satunya jodoh saya, dan saya harap saya pun satu satunya jodoh awak dunia akhirat dan satu2 nya perempuan yang awak sayang selain ma dan kakak awak. Sebab saya nak lalui lagi hari yang mendatang dan lalui bahagia duka perkawinan dengan awak. hehe jangan muntah,
terima kasih awak.
p/s: farah memang tak upload gambar dalam blog ni. semuanya ada di insta farah :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment